Drag Me To Hell – Treler Filem
Filem:
Drag Me To Hell
Dibintangi Oleh:
Alison Lohman, Justin Long, Dileep Rao, David Paymer, Reggie Lee, Adriana Barraza dan Lorna Raver
Genre:
Klasik Seram
Ulasan:
‘Drag Me To Hell’ merupakan usaha terbaru pengarah Sam Raimi sejak trilogi ‘Spider-Man’, dan keemasan karya terbarunya terserlah.
Filem sebegini sedikit ‘rare’ sekarang ini, dan ia mampu mencetuskan reaksi yang bertentangan seperti tergelak sempoi, tiba-tiba mahu menangis sadis dan asyik nak melompat dari kerusi.
Seratus peratus menghiburkan, gabungan citarasa jenaka tuan pengarah dengan minatnya yang mendalam terhadap genre ‘classic horror’ ataupun ‘klasik seram’. Raimi yang sebelum ini terkenal sebagai bakat luarbiasa dengan suara sinema tersendiri dengan siri ‘The Evil Dead’ kembali dengan sentuhan lamanya melalui ‘Drag Me To Hell’.




Sedikit Kesimpulan…
Susah untuk mengalih pandangan daripada skrin selama 99 minit kerana ketelitian Raimi menggambarkan ketakutan mencengkam dengan lawak tepi yang amat menghiburkan, sehingga imej-imej yang direka di dalam imaginasi Raimi beralih pula melekat di kepala kita.
Adunan muzik dan bunyi dalam mengusung cerita pun pelik dan berperanan besar – bayangkan muzik ‘Exorcist’ dan ‘Hellraiser’ tapi dengan ‘sense of humour’. Kita meremang tapi sengih dengan tak sengaja.
Dikotomi dua dunia normal dan separanormal yang dialami Christine, yang dibelenggu jin gelap dan balaknya Clay (Justin Long), melambangkan keseraman sebenar filem ini sebab ketidakwarasan yang memulaukan hati dan minda ini boleh juga terjadi pada kita.
Lagi satu, cerita ini takde ‘happy ending’, dan ‘Drag Me To Hell’ (ataupun, ‘Heret Aku Ke Neraka’) memang boleh mengganggu ketenteraman. Di dalam sinema, akan kedengaran bermacam-macam respon dari gelak besar sampai ke kesunyian tanda takut sampaikan siulan tanda seronok.
Mitos Jin Lamia:
Syaitan durjana berkepala dan berkaki kambing yang bernama ‘Lamia’ merupakan antagonis utama cerita ‘Drag Me To Hell’ yang mengacau Christine selama tiga hari sebelum datang buat kali terakhir untuk mengutip jiwanya untuk dibawa pulang ke neraka.
Diakui versi Sam Raimi ini, seperti pengarah/sutradara itu juga, mempunyai sifat kenakalan disamping kejahatannya. Tetapi jin Lamia mengikut mitos Yunani ialah seorang dewi yang bertukar menjadi hodoh dan buruk sehingga menjadi ‘demon’ jahat, semuanya kerana dosa besarnya berzina dengan Zeus.

Lamia yang kemudiannya ‘kantoi’ dipaksa oleh isteri Zeus, Hera, untuk memakan anaknya sendiri hasil daripada hubungan sulit itu, dan Lamia yang patah semangat dan gila terus mencari dan memakan semua anak warga Yunani.
Terdapat beberapa lagi versi Lamia dalam pelbagai bahasa dan budaya Barat tetapi persamaan yang dikongsi oleh semua adalah tujuan kewujudan Lamia memang satu iaitu untuk meragut roh orang ke neraka jahanam…
Treler Filem, Treler Filem musik, Treler Filem video, Treler Filem foto, Treler Filem cinta, Treler Filem berita, Treler Filem awek, Treler Filem kontraksi, Treler Filem Hiburan, Treler Filem malaysia, Treler Filem Melayu, Treler Filem gambar, Treler Filem cerita, Treler Filem pilihan, Treler Filem kl, Treler Filem bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1


























WhatsAppto +60123590344 or Free Call with